untuk segalanya. untuk mereka
Pertemuan dengan saudara Jr petang Sabtu lalu nyata buat saya terfikir. Saya tanya pada diri, apalah saja hidup ini tanpa mereka: Mereka yang selama ini telah besusah payah untuk saya, telah mengabdikan sepenuh hidup mereka untuk saya. Mereka yang telah menjadi inspirasi saya. Mereka yang telah menyayangi dan mencintai saya. Atau mungkin mereka yang tak pernah berhenti memberi saya sokongan untuk terus berjalan; untuk hidup. Kali ini, blog entri saya dedikasikan sepenuhnya untuk mereka ini. I call these people my unsung heroes, for which their good deeds I never appreciate (or maybe I just don’t feel like telling them to the face). But for some of them, the term ‘unsung’ may seem inappropriate. You readers surely know how to set them apart right? Read on.
+ My one and only Mummy, Anidah Ahmad. ♥
Mak maafkan Along sangat-sangat. Along sayang sangat dengan Mak. Im sorry for everything that I’ve done. For all the problems that I’ve made. For everything that brought you into tears. For not being the bestest of a daughter. I’m sorry. So sorry. I love you Ma and I mean it.
+ Abah, Ashari Sidon ♥
+ Nyai Buk, Jamilah Ahmad. ♥
Inilah Nyai saya (gelaran nenek bagi orang Jawa) yang pada saya masih cantik walau usia nyata dah lanjut. Jujurnya, Nyai Buk memang sangat lawa. Tengok gambar-gambar lama Nyai, mudah saja hati terpikat dengan kecantikannya. Selalu juga saya tanya diri, kenapalah aku tak cantik macam Nyai? Namun cantiknya tak dapat menandingi segala yang telah Nyai lakukan untuk keluarganya (Nyai adalah bonda kepada Mak saya). Nyai yang telah bekerja keras untuk perniagaan keluarga, membantu Yayi untuk segala perkara, mendidik anak-anaknya jadi sempurna dan menasihati cucunya sentiasa. Saya adalah cucu sulung dalam family sebelah Mak. Tahu saja bila jadi cucu sulung, semua perhatian ditujukan kepada saya. Saya tahu Nyai sayang saya sangat. Nyai tak pernah berhenti beri saya nasihat. Tak pernah berhenti beri saya semangat. Tak pernah. Nyai masakannya sedap tiada tandingan. Nyai yang segala-galanya untuk saya. Saya sayang Nyai.
+ adik, Muhammad Adib Izuddin M. Ash’ari (Adib Bid Bid) ♥
Mungkin sayalah anak sulung, yang paling pandai (seperti kata Mak), yang paling lantang dan petah bercakap. Namun Adib lah sebenarnya yang harus diberi segala pujian, yang harus diberi perhatian, yang harus dapat lebih, lebih lagi daripada saya ini. Adib dari segi kecerdikan dalam pelajaran mungkin tak boleh lawan kakaknya ini. Namun Adib nyata sudah kalahkan saya dari aspek menjadi anak yang sempurna. Adib yang setiap hari tak pernah tegar membantu Mak dan Abah dalam banyak perkara. Adib, walau lelaki pun dia, dialah yang kemas rumah, yang masak nasi lebih baik dari kakaknya sendiri, yang tolong pergi pasar, yang jarang meminta dari Mak dan Abah, yang berusaha dan simpan duit sendiri untuk segala yang dihajati, yang bakat basketball nya sangatlah dikagumi, yang seorang genius computer, yang juga kuli saya, yang sangat ringan tulang, yang sangat down-to-earth, yang understanding, yang punya musical taste, yang bukan terikut-ikut, yang berusaha, yang segala-galanya. Saya berharap Tuhan akan kurniakan kelebihan pada Adib, terutamanya dalam pelajaran. Dia saya lihat sangatlah hardworking dalam preparation menghadapi PMR dan kini sedang menduduki peperiksaan itu. Good luck dude. I know you’ll get good result for this. You know what you deserve.
+ Mak Ayu, Masidayu Ahmad. ♥
+ my best friend, Geetha A/P Valaidum. ♥
+ sepupuku yang dua orang itu: Icaq si gendut, Zunnisa’ M. Asyraf dan Ina si Kentoi, Sakinah Al Mubarakah. ♥
+ dia yang pernah mengisi hari-hariku dulu: Syahrul Mohsin bin Iskandar.
+ teman-teman sekolah: Aizat Dan bin Anuar, Nur Atiqah Hashim, Nur Syazwani Pilus, Mohd Najib bin Abdul Rahim, Wan Nur Aqila Wan Ismail, Puteri Nor Nadina, Syaza Sulaiman, Syarifah Syaza Liyana, Nabil Zamanhuri etc.
+ I found these great people on the net: Suraya Suhaimi, Nik Muhd Faris, Farhan, Jr, Efry Arwis.
+ fellow classmates at UiTM (budak-budak kelas 1D)
Ada lagi insan-insan yang tidak saya nyatakan di sini. Namun sejujurnya mereka tetap di hati saya. Maafkan salah dan silap saya untuk segala yang pernah saya lakukan. Saya jujur sayang kamu semua!

4 Comments:
i am very touched by these testimonials. nyata kamu bersyukur, dan bersyukur itu sifat orang-orang mukmin. syabas, nazirah.
cool
panjang nyer tulisan mak. nanti ada masa kita baca. eh, thank sbb sudi masuk blog saya. cuba tgk, ada link awak kat blog saya. :)
syukur. itu sahaja kata daripada aku
Post a Comment
<< Home