tak boleh ke jadi diri sendiri?
Entri kali ini mungkin akan mengundang sensitiviti pihak-pihak tertentu. Saya percaya itu. Namun begitu, ingin saya tekankan di sini, yang entri ini ditulis atas request seorang classmate yang minta saya menelorkan pendapat saya tentang perkara ini di blog saya. Dan ingin juga saya tekankan yang semua yang bakal dibaca nanti adalah curahan pendapat saya tentang sindrom yang melanda insan-insan tertentu terutamanya mereka yang berada di sekeliling saya.
Terma culture shock ini sudah lama hinggap di corong telinga saya malah sebelum saya menjejakkan kaki ke UiTM lagi. Kerap kali orang memperkatakan yang masalah ini lebih banyak berlaku di kolej atau universiti dan saya akui tentang kebenaran itu. Saya melihat masalah culture shock yang melanda sesetengah hamba Tuhan ini timbul atas beberapa sebab. Pertamanya kerana individu itu tidak pernah mengalami suasana baru yang dialaminya kini sebelum ini. Keduanya kerana individu tersebut mungkin terdiri daripada jenis manusia yang suka mencuba. Ketiga kerana mungkin individu itu adalah dari kalangan mereka yang saya gelarkan perasan-bagus-sangat dan jenis yang tak-mahu-dipandang-outdated. Dan yang paling penting sekali, juga sebab yang keempat, mereka ini sebenarnya terdiri daripada mereka yang TAK KENAL DIRI SENDIRI. They don’t know who they are. They don’t have (or lack) the sense of self-identity. They are mostly what I called as ‘the-wannabes’.
Di sekeliling saya (terutamanya beberapa orang rakan sekelas) terdiri beberapa hamba Tuhan yang saya tanpa rasa takut menggelarkan mereka manusia yang punya masalah culture shock ini. Masakan tidak, setiap tindak tanduk mereka terang-terang memperlihatkan sikap jakun mereka yang sangatlah keterlaluan itu. Bukan ingin memburuk-burukkan tapi sejujurnya saya ingin saja ketawa mengingatkan tentang perlakuan golongan ini.
Masih segar di ingatan saya lagi, tika mula-mula berkenalan sebagai classmates dan housemates dulu, bicara dan atur langkah mereka masih lagi lekat dengan asalnya. Saya tak pernah ambil langkah untuk berbaik-baik sepenuhnya kerana sesungguhnya saya tahu kami takkan serasi. Saya yang nyata punya identity yang kontra dari mereka ini tak pernah teringin untuk punya hubungan lebih dari classmates atau housemates saja. Ini kerana dari awal-awal lagi mereka sudah mula memperlihatkan rasa kurang senang dengan cara saya.
Saya masih ingat lagi, tika saya memasang muzik Love Me Butch di suatu hari itu dengan volume yang agak rendah (tahulah saya lagu-lagu macam tu tak perlu dipasang kuat. Saya pun tahu erti hormat). Dan mulalah wujud suara-suara kurang senang dengan muzik yang saya pasang. Saya pun mengalahlah. Ya, mungkin saya silap, pasang muzik yang berat-berat sebegitu di suatu hari yang tenang. Pada hari-hari lainnya, saya mula pasang muzik yang saya anggap boleh lagi diterima. Rilo Kiley, Oasis, The Cooper Temple Clause, dan Seven Collar T-Shirt misalnya. Namun begitu mood rumah ini yang nyata tak gemar dan banned seratus peratus taste muzik saya telah tolak mentah-mentah apa saja muzik yang cuba saya pasang.
Oh come on lah. Takkan saya nak pasang Siti Nurhaliza ataupun Mawi kot?! (saya bukan nak hina mana-mana antara mereka). Saya pun punya citarasa muzik sendiri. Saya punya kehendak juga. “Hanya kerana kamu tak boleh terima apa saja yang saya pasang, tak bermakna saya harus terima bulat-bulat kehendak kamu.” Saya tak pernah bising bila saja mereka pasang apa saja lagu dan muzik yang mereka sukai. Sindrom Peterpan yang tak pernah berhenti membingitkan ruang rumah kami nyata membosankan saya. Namun begitu, tak pernah pun saya mempersoalkan kekerapan mereka memasang muzik-muzik serupa itu. Jadi, apa hak kamu untuk mempersoalkan muzik yang saya pasang? Ini rumah saya juga!
Kalau dibicarakan bab muzik, mungkin takkan jelas motif tulisan saya pada kali ini. Tanya pada diri, apakah perkara yang biasanya dilakukan oleh manusia yang telah terkena permasalahan kejutan budaya ini? Senang cerita, apa saja symptom culture shock ini? Perubahan gaya dan pemakaian atau change of style, dari yang asalnya ke yang lebih glamour, yang lebih vogue dan updated. Atau mungkin kekerapan menyendeng pada susuk-susuk bergelar lelaki yang juga classmates dan ingin mengadakan hubungan pula. Semacam tak ada lelaki lain di dunia ini pula. Nak classmates juga. Atau mungkin menduakan boyfriend/girlfriend yang sedia ada. Yalah, bf/gf jauh, tak ada di sisi, apa salahnya main kayu tiga ada bf/gf di kolej. Bukannya dia tahu pun. Atau mungkin setiap kali ke kelas dan mula pandai bereksperimen bagaimana hendak jadi opera cina; makeup tebal, hilang natural beauty. Atau mungkin mula wujudnya keadaan-keadaan serupa aktiviti-aktiviti overnight di Uptown atau Bangsar, dan mula nak belajar berclubbing pula. Sudahkan itu, lepas dah berseronok-seronok, tak balik malam dan itu ini, diceritanya pada orang lain. Yalah, konon nak nampak cool. Konon paling hebat, pernah buat macam-macam perkara. Dan mungkin yang paling teruk bila dah lupa tujuan sebenar ke sini. Assignment buat last minute, belajar pun main tangkap muat (itupun kalau rajin), datang ke kelas 30 minit lambat (tak hormat lecturer langsung!), rumah tak mahu dijaga kebersihannya, bersepah sana sini. Apa dah jadi ni?!
Semua symptom yang saya senaraikan di atas tadi adalah apa yang telah saya lihat. Apa yang telah berlaku pada manusia-manusia ini. Dan jangan angin pula bila ingin saya tekankan di sini yang manusia-manusia ini terdiri dari yang datang BUKAN dari kawasan-kawasan seperi Kuala Lumpur, PJ, Subang, Johor Bahru atau Penang tapi dari yang kawasan yang sedikit berbeza atmosphere-nya. Luar bandar? Mungkin itulah terma sesuai asal mereka.
Saya bukan prejudis pada sesiapa yang berasal dari luar bandar. Cuma itulah hakikatnya. Saya tak pernah prejudis. Saya kawan dengan semua orang; yang dari dalam atau dari luar bandar. Yang kaya mahu yang miskin. Yang pandai atau tidak. Yang alim-alim atau gila-gila. Semua saya kawan. Saya punya rasa hormat pada semua orang yang punya hormat pada diri, yang menjadi diri sendiri, yang tak menipu diri sendiri, yang selesa dengan diri sendiri, yang tahu kelebihan diri. Buka yang wannabe. Bukan. Bukan.
Saya dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak bayi saya tinggal di sini. Disekolahkan dan hingga ke hari ini masih lagi di sini. Cuma kini di Shah Alam, dan Shah Alam juga tak banyak bezanya dari Kuala Lumpur (saya masih berulang-alik Shah Alam – Kuala Lumpur). Saya tahu ertinya mahu jadi wannabe ini. Saya punya kawan-kawan yang wannabe itu ini. Saya akui saya juga seorang wannabe. Wannabe Jenny Lewis. Wannabe Nurul Izzah. Dan banyak lagi figure yang tak dapat dispesifikkan di sini. Dan saya kiranya bukanlah seratus peratus mahu jadi mereka. Cuma terinfluensi. Ini tidak. Sindrom-wannabe ini lebih ke arah hilang identity diri. Itu nyata bukan saya. Dan itulah yang jadi pada mereka.
Dan saya lihat juga, bezanya rakan-rakan yang datang dari bandar. Yang terdidik dengan mentality yang hampir serupa dengan saya (lain kali saya akan bicara tentang mentality pula). Yang tak kolot. Yang speak-up. Yang bicaranya to-the-face. Yang globalize. Yang pada saya punya style namun tak pernah lari dari identity diri. Yang jadi diri sendiri.
Mengapa harus culture shock? Mengapa? Kan bagus jadi diri sendiri. Kan elok punya ideniti sendiri. Bukankah begitu? Kalaupun mahu jadi lain dari lain, cuba pertekankan dari approach berbeza. Tak bolehkah buat begitu?
p/s: Satu hari itu, saya ke kelas buat pertama kalinya dengan maxi skirt yang baru dibeli. Dipadankan bersama t-shirt dan ya, tentu sekali flip flop kesayangan saya. Dan seorang culture shock-victim pun berkata pada saya, “Lawa skirt, tapi kalau aku kan, aku akan pakai dengan heels ke. Kalau dah vogue, aku akan vogue habis, kalau sempoi biar saja sempoi habis.” Tahu apa saya jawab? “Erm, kalau kau nak tahu kan, majalah-majalah US yang best macam Teen Vogue kan, banyak kali state kat dalam tu kalau pakai maxi skirt, match dengan flip flop. Tulah style summer girl. Lagipun, kalau pakai heels tu, bukan aku la.” Haha.

7 Comments:
i would like to add my p.o.v if you appreciate:
culture shock happens because you want to get along with people. 'tak mahu dipandang outdated' might've been the contributing factor but we have to remember that it's acceptance that we're craving for. we thought that in order to enter the 'circle', we have to be like those within it. so we changed, just because nak join sekali.
i don't agree on saying that culture shock is bad. but i don't agree either saying that those minah murahan berkepit dengan jantan keparat are right in their doing. culture shock isn't necessarily bad because from there you get to learn how to adept to the situation surrounding you instead of rejecting it bulat2. culture shock doesn't just apply to the physical activity but also the mental. so as long as you have a stable mental, you can decide whether changes are necessarily for good or the otherwise.
the culture shock thing that you're highlighting is post-activity. what i'm trying to stress here is pre-activity. meaning culture shock takes place with the pandangan pertama; you see things that's very alien to you. that's pre-activity. then it goes down to decision-making; a process that's vital to deciding one's own post-activity. when you decided to follow it, that is what culture shock you were talking about.
pokok pangkalnya agama, apa-apa perkara kok dipegang agama sekalipun tak akan goyah. mungkin pakaian sahaja yang sering jadi bual bicara(apa yang dipakai melambangkan attitude manusia) sekurang-kurangnya kita ada attitude sendiri dan tidak melupakan waktu ketemu tuhan untuk beberapa minit. aku bukanlah alim menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar manusia yang mahu rakan-rakannya bangun. culture shock? haha, bila raya nanti adakah mereka ini mahu memakai spagheti atau tank top dipagi raya? semuanya harus kembali ke asal-usul. itu semua tipu yang memakan diri.
tapi aku percaya juga, culture shock bukanlah 'bad' atau harus ditolak (mungkin mentah-mentah). bergantunglah kepada diri. manusia akan terus terinfluasi seiring waktu. jenama seluar dalam pun kalau terlalu mahal akan ada yang suka-suka pamer. good topic here, naz!
well, terpaksa berdepan dgn org yg kena culture shock ni.. dressing konon nak moden.. percakapan, kata ganti diri "i" , "you".. tak salah, cuma dah lama kenal & dia dulu tak guna kata ganti diri tu.. yep, dia berasal dari luar bandar jugak.. dia pernah ambik course diploma kat shah alam dulu.. (punca culture shock dia kot)
for me, alhamdulillah.. kena culture shock tak teruk sangat.. mungkin masih ada lagi sekarang, tataulah.. tapi yang penting, just be yourself.. wear what you have, not what you want.. (for me lah) apa guna dressing/attitude moden kalau kepala otak/pemikiran tak moden jugak?? :)
p/s: maap kalo ade yg terasa, etc..
leh jadik caunselor lar kamu cik nazirah..hehe..biar lar mereka ngan gaya hidup yg 'nak jadi' tu...kalau smua org tak 'nak jadi' susah lak kan putaran kehidupan ni.hihi..nnt camne kamu nk komen pasal culture shock lagi kalau mereka2 ni takde kan..hahaha.. =P
p/s : nak jadi = wannabe..
hikhikhik.... =)
saya rasa penuh berbangge dengan artikel awak nihhh ... hahah.. so i've gotten what i've requested for! =)... thank you, and thank YOU so much for re-introducing me to the cyberworld of blogging... luv ya nazzzzz...
feel proud of u like a sister.
feel proud of u as a fren.
felt how mutual the thoughts are.
felt glad i bumped into u and said hi.
looking forward for your 'mentality' entry.
tryna offer me a view of friendship, that drove another two person i know, and moi, to think that we want people to pay for our friendship.
cheerio.
selamat hari raya. maaf zahir dan batin.
none of us is perfect, but everybody is, considerate. aren't they?
sesaatnya aku mula membaca karya ini.. wahh. darah mula mengalir dengan lancarnya. non- stop. selalunya tersekat aje. hehe. kak, entry ini bagus sekali. :) insyaallah suatu hari cita2 akak akn tercapai dan karya ini dibukukan sama yg lain ya? aku akn doakan yg terbaik buat kamu.
itulah, manusia. ini itu, macam2.
ikut trend. takut ketinggalan. takut diketawakan sama member hingga lupa diri, lupa adat, lupa Allah. seperti tiada asal usul dan maruah sendiri. aku tahu kamu berasa kecewa bukan? tidak mengapa akak. insyaallah suatu hari mereka akn balik ke pangkal jalan jikalau masih ada kepercayaan kpd Allah s.w.t ya. kita harus berikan mereka pelung untuk berubah. namun itu bukan tugas kita untuk mengubah setiap style hidup mereka. kita hanya mampu berikan nasihat justeru itu semua terpulang kpd mereka.
p/s : wahai manusia,
hidup tidak berkekalan seperti mana adanya pada hari ini,
suatu hari akn ditelan bumi juga,
dan diri kalian ini bukankah dikurnia dengan akal oleh tuhan untuk mengunakan akal itu sebaiknya2 untuk berfikir rasional?
(kita sudah dikira bernasib baik sekali kerana mempunyai pemikiran yg boleh menilai baik buruknya berbanding akal binatang) seharusnya kita mengunakan ilmu itu untuk memperbaiki kelemahan kita dan bukannya menjadi sesuatu yg lari dari "originality" kita.
kita semua hamba Allah s.w.t jikalau tersesat, baliklah ke pangkal jalan. wahai manusia, apakah tidak pernah sedar siapakah diri kita sebenarnya?
Post a Comment
<< Home