Tuesday, October 25, 2005

sudah empat hari cuti. mana semangat study?!

sudah empat hari cuti termasuk hari ini. dan saya, masih lagi terkial-kial mencari ruang-ruang semangat yang entah bagaimana, mudah saja hilang bila pulang ke rumah. lebih-lebih lagi dalam bab-bab belajar ini. saya ni jenis yang last-minute. dah nak dekat barulah tergesa-gesa. waktu itu anda takkan jumpa orang yang lagi gila dari saya. percayalah. bukannya saya tak belajar lagi, cuma hari Ahad lalu saja semangat saya ada dan sekarang, 'poof' - lesap.
namun ada dua perkara saja yang buat saya move on with life: pertama, novel 'Handbags and Gladrags' oleh Maggie Alderson yang dipinjamkan oleh Siti Nadia sebelum cuti bermula. Novel tersebut baru saja habis dibaca pagi tadi setelah dua hari bergelumang dengannya di atas katil. It was a good book, really. Saya tak begitu berminat dengan genre buku sebegini namun novel ini telah mengambil alih perhatian saya. Saya akan tulis satu entri tentang buku ini dan kaitannya dengan diri saya. Nantikan.
Keduanya ialah sesi masak memasak kuih yang telah saya cadangkan kepada Abah bagi memenuhi ruang-ruang kosong cuti saya ini (yelah tu). Buat pertama kalinya dalam sejarah, saya telah membuat satu kejutan dengan berkata kepada Abah, "Please teach me how to bake chocolate chips." Abah nyata agak terkejut dengan permintaan saya tapi bila bab-bab memasak ni Abah tak pernah kedekut ilmu. Apatah lagi mendengarkan kata-kata anak sulungnya ini yang jarang sangat membantunya di dapur.
Lalu, saya pun memulakan misi chocolate chips saya semalam and it was a blast. Banyak perkara yang saya belajar dan yang pasti semuanya saya lakukan sendiri. Dari aspek bakar membakar, sukat-menyukat, ayak-mengayak, gaul-menggaul; senang cerita semuanya saya lakukan sendiri. Abah hanya bertindak sebagai mentor dan memerhati saya, bagi tips dan cadangan serta tunjuk ajar dengan cara bercakap. Nyata bukan mudah untuk memasak. saya walau suka memasak dan boleh memasak beberapa menu, saya tak pernah suka untuk mengabdikan diri dengan dunia masak memasak ini. Memasak nyata memenatkan.
Resipi ini tidaklah begitu sukar untuk dibuat. jadi untuk sesiapa yang tak pernah ke dapur dan buat kuih untuk raya, this will be a great start.
CHOCOLATE CHIPS COOKIES
Bahan-bahan:
Mentega 255 g
Gula perang 400 g
Gula castor 112.5 g
Garam 5.7 g
Telur 2 biji
Vanilla esen 5.6 g
Tepung berprotin tinggi 112.5 g
Tepung gandum 262.5 g
Tepung jagung 8.7 g
Sodium bikarbonat 3.0 g
Chocolate chips 112.5 g (ikut rasa, saya sukakannya dalam amount yang banyak. macam chipsmore.)
Cara-caranya:
1. putar mentega, gula perang, gula castor dan garam selama 4 minit pada kelajuan sederhana.
2. Campurkan telur dan vanilla esen. Putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
3. Campurkan tepung (yang telah diayak) dengan sodium bikarbonat. Gaul perlahan selama 2 minit.
4. Campurkan chocolate chips dan gaul perlahan hingga chips sebati dengan adunan.
5. Buat adunan cookies kecil-kecil (kerana ia akan mengembang bila dibakar) di atas dulang dan bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 10-13 minit.
Sejujurnya belajar membuat cookies dengan Abah adalah sesuatu yang menyeronokkan. Dah lama benar saya tak spend quality time dengan Abah. Bekerja dan berbicara dengan Abah nyata memerlukan otak yang cergas berfungsi. Abah bicaranya serupa juga intelektual. Bila memasak, saya akan diingatkan dengan teori-teori fizik dan segala perkara matematik yang pernah dibelajar dulu. Mujur saya masih mampu menjawab soalan-soalannya yang tricky, kalau tak, malu...
Saya tahu Abah is a good cook. A good chef. Tiada siapa boleh menafikan kehebatan Abah dalam bab-bab memasak dan memasak memang passion Abah. dan baru semalam juga saya sedar yang kerana minat mendalamnya pada masakan, Abah punya dua tool box berbeza berisi alatan-alatan membuat cake, kuih, roti dan lain-lain. Nicely labelled and well kept. Jangan cakaplah pasal equipment memasak seperti pisau yang ada pelbagai jenis kesemuanya dan alatan-alatan lain. Homemade icecream maker pun ada. saya kagum dengan Abah yang walau sibuk bekerja masih mampu keep his passion alive.
Banyak yang saya belajar dalam hal-hal memasak ini. Dan jika anda teringin mencuba resipi ini, di sini saya ingin ingatkan anda beberapa perkara.
1. Jangan tangguh membasuh segala alatan dan perkakas yang digunakan hingga ke akhirnya, nanti penat. Oleh itu, in between steps, ambil masa walau sekejap untuk basuh sedikit demi sedikit. nanti takdalah banyak kerja sangat.
2. Sentiasa alert tentang masa. Pasang stopwatch kalau boleh. Cookies tak boleh biar lama sangat dimasak, kalau tak hangit.
3. Jaga api, jangan biar terlalu kuat atau terlalu rendah/kecil.
4. Buat kerja jangan bersepah-sepah. Minimakan sampah anda. Jangan jadi pengotor.
Bila tiba waktu berbuka puasa, sampailah masa untuk mencuba cookies yang saya buat. Saya suka cookies saya. Sedap dan rangup. rasa chocolate chips cookies yang memang menyelerakan. Abah kata lagi sedap daripada Famous Amos. haha. tak tahulah, mungkin sekadar pujian sedapkan hati saya saja. Namun jujur, semua orang kata sedap. Adib makan berulang-ulang. Dan saya, lepas berbuka cuba pula makan cookies saya ini dengan homemade icecream Abah. Fuiyo, jangan main-main. Sedap you! haha.
Ha, macam mana? nak cuba?

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hello there, I was recently doing a search through blogs for the keyphrase central.net ebook ebook ebookstore make money palm. I happened to come across yours even though it wasn't particularly related to what I searched for. I figured I wouldn't mind contributing to your blog by commenting it. I've been quite busy to work on my blog lately but I am interested in topics being generally related to what I search for. I know you may not think this is an appropriate post to your blog, however I would just like to compliment you on your blog and I wish you well in future endeavors with it,

Sincerely,

Mark

p.s. I like to take a look at other blogs to get some ideas as to how I am going to form mine.

25 October, 2005 14:58  
Anonymous jr said...

betul2. lepas siap semua, jangan tangguh membasuh. jangan jadi malas macam *tuuut kat rumah kau.

naz, pastikan anda sediakan 3 keping cookies untuk aku. aku tau hasilnya itu sangat sedap dimakan.

25 October, 2005 16:07  
Anonymous jr said...

nazirah seorang yang pandai membuat cookies, jadi....

1. silalah bertandang ke rumahnya raya nanti
2. jadilah kawan rapat dengannya(nanti rajin dia buat cookies)
3. boleh tempah kueh raya setiap tahun.
4. jangan risau jika kueh raya anda sudah habis bila balik daripada cuti raya nanti *naz boleh buat dengan kadar murah (member sama member)
5. bakal mengambil kursus memasak tidak lama lagi

heheh..

25 October, 2005 16:12  
Anonymous curX said...

whoa! home made cookies.. nak sket!!

pehh, chocolate chips tu!! best, best, best.. bleh bukak kedai lepas ni.. bleh lawan famous (tori?) amos..

ada terima tempahan ke? hehehe.. :)

26 October, 2005 06:04  

Post a Comment

<< Home