yang bermain di ruang minda
Nak balik rumah ke tak nak ni?
Saya jujurnya harus pulang ke rumah. Yelah kan, bulan October menjelma dan tiba masa tuntun duit bulanan. Tapi bila memikirkan yang bulan September ni saja Mak dah bagi RM 500 dengan RM 300 guna untuk beli baju dan lain-lain termasuk kain untuk raya. Dan saya pula entah dajal apa yang dibuat, tak dibeli-beli lagi kain sebabnya tak cukup duit! Jadi takut sangatlah nak balik rumah sebab nanti mesti Mak tanya pasal kain tu sebab nak kena pegi tempah. Pergh! Macam mana ni? Cuak saya memikirkan. Mesti nanti kena lecture dengan Mak. Habis, habis! Saya ingat lagi tempoh hari pergi Kamdar tengok kain. Jumpalah yang cun-cun memikat hati. Tapi tengok-tengok harganya, nak buat satu pasang baju saya mahu paling murah habis RM 50. Barulah saya tahu yang selama ni Mak spend beratus-ratus ringgit nak beli kain baju raya saja. Teringat pernah satu tahun tu, saya minta Mak buat 4 pasang baju. Pergh, yang saya tahu nak dan janji ada. Mak pula habis duit. Kesian Mak. Ini baru saya faham bila pertama kalinya nak pergi beli kain sendiri. Apa-apa pun harus juga beritahu Mak perkara sebenar yang saya dah spend on other things which includes food, new jacket (smart giler jacket baru saya. Jangan jeles!), T-Shirts and new pant. Dahlah ada satu kain ni yang nyata memikat hati. Design yang sangat simple dan warna kain yang biru kehijauan lembut. Corak-corak bunga nyata sangatlah minimal. Mungkinkah akan buat saya tampak ayu? Hihi. Saya suka betul kain tu. Nanti harus ajak Mak pergi beli tapi yang tu lah paling mahal… RM 36 semeter… pergh!
Baru saja jalan ke library dengan flip flop kesayangan saya yang satu ini tiba-tiba terasa something. Macam ada satu rasa kesakitan pada bahagian kanan kaki kanan saya. Entah sakit apa yang buat langkah saya perlahan. Mungkinkah flip flop ini dah rosak? Entahlah. Saya tak berapa pasti. Tapi kalau nak beli flip flop baru entah ada lagi tak design flip flop platform keluaran iPanema yang rekaan-rekaannya sentiasa memikat hati kerana buat flip flop nampak vintage. Flip flop ini nyata banyak berjasa. Sejak flip flop Roxy yang entah mengapa baru dibeli bulan Januari lalu terputus talinya. Sudahlah mahal lepas tu buat hal pula. Terpaksa ditukar segera kerana saya memang tak boleh hidup tanpa flip flop. Lalu pada bulan Jun beberapa minggu sebelum ke UiTM, saya beli flip flop yang satu ini. Nyata cool dan nampak individual. Mak pun kata begitu. Mungkin dah sampai masa tukar flip flop baru. Yalah, tiap hari pakai flip flop ke mana saja. saya sememangnya memang sentiasa mahu ada identity summer girl. Haha…
Kerana saya tak punya Dia.
Baru saja berborak panjang dengan Vina semalam. Bicara kami kali ini pada topik lelaki since Vina cuba meluahkan perasaan dan masalah yang dialaminya. Yang dia nyata jealous dengan insiden malam tadi. Aku paham perasaan kau Vina. Saya kini NYATA tiada punya sesiapa pun yang boleh dipanggil boyfriend. Tiada. Elek. None. Tapi saya ni jenis yang mudah suka lelaki. Tapi yang tu ketegorinya terletak pada kumpulan crushes saja. Bukan serius pun. Dan sudah lama benar saya tak punya perasaan mendalam pada sesiapa sejak Jagung tak menghiasi ruang hidup lagi. (apa cerita Jagung ye?) Jagung pun kisah lama dulu, kisah masa zaman sekolah. Nak kata saya desperate tak adalah. Banyak lagi keterdesakan saya ni. Duit misalnya. Untuk dapat result best dan siapkan assignment yang bertimbun-timbun. Dan untuk menyiapkan zine. Ya, saya desperate untuk itu semua. Tapi hati mana tak teringin untuk manja-manja kembali? Saya ni sebenarnya sangatlah manja dan gedik. Namun begitu gedik saya pun ada attitude nya. Hahaha. Saya cuba tonjolkan semangat desperation saya di sini… Ada sesiapa yang teringin nak bermanja dengan saya juga? Uwek! ;-p


3 Comments:
nak jugak.. tapi nanti cek abang jr jeles plak.. hehe.. tadelah, gurau je.. (to jr, jgn mara bang!)
sabor.. relex je.. nanti adelah prince charming datang.. tuuungguuu.. in the meantime, lay back & have some cheese cake.. oh yea, jangan lupa.. control cute skali! hehehe.. :)
cheers! :)
kerana kamu tak punyai dia? tapi xmengapa, kamu dipunyai oleh-Nya. aku rasa emak kamu sudah cukup baik, tunggu sahaja prince charming itu. kita memang diberi kebebasan untuk memimpikan sesuatu. pandanglah ke langit dengan penuh harapan. hoyeh!
huiyoooo
Post a Comment
<< Home