Thursday, September 01, 2005

update! update!

cuti semester

malam ini saya akan pulang ke rumah, memenuhi tuntutan cuti pertengahan semester ini. maksudnya juga, saya tidak akan ke kelas esok. harus juga diingatkan pada diri sendiri, beg harus dipack sebelum menjelang maghrib. banyak barang harus dibawa pulang. jangan leka nazirah, jangan leka...

gig!

seven collar t-shirt akan perform live di kota singa. yang pasti saya takkan dapat pergi dan turut serta. berilah peluang orang kota singa rasa sendiri betapa hebatnya musik seven collar t-shirt yang pada saya tiada tandingannya. saya hanya menyokong dari belakang. go scts! [ layari http://scts.tk ]
p/s: nak post flyer tapi asal lah server lembap tahap gaban je nih...

the Genuine Mind Zine

saya sesungguhnya sudah punya semangat baru. sudah punya satu rasa dalam diri yang telah buat saya bersemangat untuk menyiapkannya lebih-lebih lagi apabila memikirkan saya akan pulang ke rumah, dan harapnya tiadalah masalah untuk menyiapkan apa yang patut. seperti yang saya janjikan, zine ini akan diterbitkan pada bulan september, mungkin akhir september. ada beberapa karya yang menarik minat saya, harus dipublish!! doakan saya untuk siapkannya secepat mungkin tanpa ada aral yang datang melintang. janganlah ada aral... tak mahu...
saya sejujurnya ingin berterima kasih kepada saudara Nik Faris yang terus-terusan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam memberi semangat kepada saya untuk terus bekerja untuk zine pertama saya ini. dan ya, juga untuk saudara Idzar yang terus-terusan mendesak saya untuk menyiapkannya. Juga untuk sis Suraya yang dedicated (tak dapat nak reply comment di myspace. tiada masa untuk itu. sorry!) dan yang lain-lain juga, desakan anda, sokongan anda, karya yang anda hantar amatlah dihargai. sayang anda semua! *muah muah*

CRUSH!

saya risau memikirkannya, yang tak tahu kenapa, saya rasa saya sukakan seseorang. risau risau... benar saya risau!

lain kalilah cerita...

2 Comments:

Anonymous jr said...

ya, lakukan sebaik mungkin!

01 September, 2005 16:21  
Anonymous Anonymous said...

Thank YOU

19 October, 2005 16:40  

Post a Comment

<< Home