Saturday, September 03, 2005

tak nak peluk saya ke?

31 September lalu menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-48 dan saya rasa masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia yang turut sama menghirup udara keamanan yang sedia kita kecapi kini.
Namun, saya sejujurnya amat terkejut dengan apa yang saya lihat di dada-dada akhbar ketika berkunjung ke Koperasi kolej September 1 lalu. Nyata saya terkejut dengan foto-foto aksi Datuk Seri Rafidah Aziz berpelukan dengan bekas PM, Tun Dr Mahathir.

Pada saya, berpelukan di khalayak nyata sesuatu yang memalukan lebih-lebih lagi apabila memikirkan yang melakukannya ialah antara pemimpin negara yang disegani , dan lebih memalukan lagi bila merekalah antara khalayak yang keras memperjuangkan isu Islam Hadhari. Saya nak tanya ni, Islam Hadhari bagi ke peluk-peluk depan orang ramai antara laki dengan perempuan bukan muhrim.

Okay, sebelum ada yang cuba nak attack saya balik, saya harus terangkan di sini juga, saya sejujurnya bukanlah orang yang ambil peduli dan kisah tentang adegan berpeluk-pelukan ini (kerana saya pun peluk-peluk juga: peluk mak... hehe.) dan saya juga sesungguhnya bukanlah baik sangat kerana saya juga buat silap, jadi kalau macam ada yang nak attack saya nanti kata, "apa kau ingat kau baik sangat ke nak tegur-tegur orang hah?" , saya cakap terus-terang di sini, saya hanya meluahkan pendapat saja. Dan sesungguhnya ini blog saya, suka hati saya lah apa saya nak cakap!!

Saya berpendirian bahawa apa yang berlaku antara kedua-dua figure itu nyata MEMALUKAN. yalah kan, apa lah nanti orang kata, berpelukan sesama bukan muhrim? dan yang lagi memalukan ialah bila kedua-duanya adalah antara orang terkenal, punya nama, status dll. kalau nak peluk, peluklah, tapi tolonglah sikit, bukan di khalayak ramai bila mana penuh wartawan dan rakyat jelata. bukan, bukan di situ. dan saya tak peduli lah, Datuk Seri Rafidah minta maaf atau tidak pasal isu AP tu, itu bukan masalah saya,(tapi sejujurnya kredibilitinya sebagai menteri harus dipersoalkan dalam isu ini juga) tapi bila memikirkan kembali konsep Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan kerajaan tika ini, saya persoalkan bagaimana pemimpinnya sanggup menonjolkan sesuatu yang terus-terang terkeluar dari entiti dan pegangan Islam Hadhari itu sendiri. Yalah kan, mungkin juga kedua-duanya berfikiran liberal, mentaliti terbuka katakan; moden, jadi peluk-peluk itu nyata satu perkara yang no-hal.

Lepas ni saya takkan terkejut kalau orang tanya saya, "Awak anti-kerajaan?".

Dan saya akan jawab, "Tidak. Saya cuma cakap apa yang saya rasa."

p/s: Rasa nak peluk saja Mak.

6 Comments:

Blogger jiarhwei said...

i kinda agree with you. them hugging in public's not right, isit not? i mean, they're always saying that girls and boys must keep their distance, but shouldn't women and men too?

03 September, 2005 20:52  
Anonymous jr said...

orang tua buat perangai memang huduh rupanya. cakap tak serupa bikin kalu.

04 September, 2005 11:05  
Anonymous curX said...

tataula.. budak-budak muda pon buat sekarang.. takkan diorang takleh?? kata generasi penyayang beb!

hahaha.. tapi yang sebenarnya, dah terpengaruh cara barat.. diorang nak kutuk budak-budak muda, balik diorang yang buat! padan muka!! salah diorang jugak!! wakakakakaka...

lawak betul dunia politik nih.. :)

05 September, 2005 09:52  
Anonymous miss nad said...

itu namanya X guna otak dgn betul...

21 September, 2005 18:29  
Anonymous nikfaris said...

nazirahhhh, bukan 31 septemberrr, 31 OGOS!!!

22 September, 2005 01:07  
Anonymous curX said...

"nazirahhhh, bukan 31 septemberrr, 31 OGOS!!!"
a'ah.. yelah, baru perasan.. hehehehe.. :)

22 September, 2005 09:23  

Post a Comment

<< Home