Monday, September 26, 2005

nazirah si penyebar mesej anti perang

Ahad, 25 September nyata satu hari yang sungguh memenatkan. kudrat saya nyata telah digunakan sepenuhnya untuk satu hari minggu yang penuh cerita. Saya letih, betul saya letih.

Saya bangun agak lewat pagi itu. Seharusnya saya ke induction yang diadakan waktu pagi itu dan berterusan hingga ke malam, tapi memandangkan saya bangun agak lewat, tidaklah saya menikmati keseronokan sesi pagi seperti yang rakan-rakan saya khabarkan. Dan khabarnya juga, pelajar part 2 bengang dengan yang tak hadir, yelah, mana tidaknya, jumlah mereka lebih ramai dari kami pelajar junior. katanya tak hormat. ya, saya akui itu betul. dan saya akui saya yang tak hadir ini silap. saya minta maaf. jujurnya, saya minta maaf.

sebetulnya juga semalam adalah hari pertemuan saya dengan saudara Nik Faris. ya, janjinya pukul 2 petang. saya yang menetap jauh di kolej Puncak Perdana ini punyalah bersiap-sedia, gerak dari kolej satu setengah jam lebih awal. dengan bas yang memang lembap, dan bila sampai saja di seksyen 2, saya perhati jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. jujur saya gelabah, takut tak dapat tepati masa. saya bukanlah seorang yang sempurna punctualitynya, cuma saya tahu bagaimana rasanya kena tunggu lama dan ditunggu lama. dan mak bapak saya ajar, "biar kita datang cepat, kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita."

saya bergegas ke stesen komuter, beli tiket komuter ke kl sentral dan tika itu saya tahu, perut saya dah mula menyanyikan lagu-lagu keroncong. saya lapar. ish. sedang dalam komuter, terima satu panggilan dari faris. "nazirah, maybe aku sampai lambat sikit. dalam 20-30 minutes." pergh! tak guna! sudahlah waktu itu tinggal lagi satu stesen untuk ke kl sentral. dalam hati berbicara, "apa nak buat setengah jam ni?"

mujur di kl sentral ada kedai buku. walau tak sebest kinokuniya, janji kedai buku. boleh tengok-tengok buku baru. apa saja bestseller yang baru. nak beli tak mampu. dompet nyata kering. jadi lupakan sajalah hasrat nak beli novel baru. lagipun kalau beli, bilalah nak baca? harry potter yang baru tu pun belum habis diladeni. ish. apatah lagi buku-buku sociology dan writing yang sentiasa harus ditelaah. setengah jam di kedai buku yang entah apa namanya itu. saya kembali turun menanti faris di tempat yang dijanjikan. tak ada. saya tawaf kl sentral. entah berapa round pun saya dah lost count. saya geram. seya jujurnya geram. bila ditelefon katanya baru di putra stesen masjid jamek hendak ke kl sental. duh!

beberapa minit kemudian, jumpalah saya dengan si faris, yang ya-akan saya ingat kelewatannya itu. jalan-jalan dengan faris ke stesen monorail dan kami ke bukit bintang dan pergi mencari Cyber Cafe untuk ditunjukkan beberapa hasil kerja The Genuine Mind Zine kami (erm, nanti akan saya update tentang zine ya?). dan kemudiannya ke McDonald untuk makan-makan bersama dengan Geetha yang baru tiba.

Kami berpisah dan saya ambil haluan ke KL Sentral semula, sebelum itu jalan-jalan dengan Geetha sebentar. Bila tiba di KL Sentral jam menunujukkan pukul 7 malam. Saya harus segara pulang. Malam ini ada majlis makan malam induction dan saya harus perform bagi mewakili kelas saya untuk malam itu. Saya sudah mula risau. Fariza dan Alia sudah mula bertanya dimana saya. Perjalanan pulang nyata mendebarkan. Sudahlah lambat. Tunggu bas ke kolej hampir satu jam. Bus driver pula singgah ke stesen minyak. Ya Allah, apasal lah malang sangat nasib nih! bila sampai kolej jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam. yang pasti dinner malam itu sudah bermula dan kata fariza, performance saya yang terakhir. fuh, mujur.

saya ke bilik, tanpa mandi, cuma bertukar pakaian apa yang patut. cuci muka, put on makeup. dan ya, im ready. sampai saja di sana, saya terima berita yang pada saya kurang menyenangkan, "naz, kau nyanyi malam ni, tak ada muzik tau!" hah?!!!! mana boleh nyanyi tak ada muzik. kata setel dah? ish. cuak betul saya memikirkan. perancangan asalnya saya akan menyanyikan lagu Anuar Zain 'sesucinya cintamu'. dan ya, saya telah pun berlatih walau tak dihafal liriknya. saya duduk penuh risau. berjalan ke sini sana bertanya itu dan ini pada kawan-kawan. tanya zach kalau dia boleh main gitar apa-apa lagi yang mungkin saya tahu. tapi entahlah, saya macam tak bertuah saja malam itu. tapi fikir punya fikir, ada perkara yang sedang bermain di ruang minda.

bila nama saya dipanggil untuk membuat persembahan, saya datang ke ruang pentas dengan hati penuh gusar, penuh nervous. bila microphone digenggam, saya mula menyampaikan apa yang bermain di kotak fikiran saya: "assalamualaikum semua. selamat malam. sepatutnya saya akan menyanyikan sebuah lagu anuar zain tapi memandangkan ada masalah sikit dengan muzik yang tak ada jadi saya terpaksalah lupakannya. bagimanapun, saya ada satu mesej yang ingin disampaikan di sini, dan ya, im going to sing too. apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, bila kita berseronok-seronok di sini, di Iraq, Palestine, ramai yang sengsara oleh sebab peperangan. ramai orang yang tak berdosa mati dibunuh tangan-tangan rakus. saya bencikan perang, ada sesiapa sokong saya di sini?"

dan yang lain pun bersoraklah mendengarkan kata-kata saya. lalu saya terus menyanyikan lagu The War is Over oleh band favorite saya, Seven Collar T-Shirt, ya, tak banyak verse pertama dan chorus sahaja. dan akhirnya nyanyian saya berakhir. yang pasti, bila saya menyanyi tiada yang bersorak seperti biasanya kecuali pada awal persembahan. dan bila berakhir, orang masih rela berdiam. entahlah, mungkin menghayati agaknya. saya pun tak tahu. dan bila berakhir barulah didengar balik sorakan sokongan. saya kurang gembira dengan persembahan saya namun saya sangat teruja berbicara tentang anti-perang ini kerna ini nyata diri saya. saya puas hati.

mungkin lepas ini, orang akan panggil saya, cik nazirah si penyebar mesej anti perang. panggillah. saya suka. =)

3 Comments:

Anonymous jr said...

awal pagi sudah ngepost entry ye. baik dan rajin sekali.

harus aku ucapkan terima kasih kerana ada yang masih ingin memberi kesedaran kepada mereka yang datang ke majlis itu untuk tujuan bersuka ria dan lanyak-melanyak(sudah satu kemestian). tidak kisahla apa majlis sekalipun, rata-rata kita mudah lupa. aku bukan nak tunjuk bagus, tapi apa yang ko buat tu walaupun sepatah dua kata ianya tetap memberi impak kepada sesiapa yang suka berfikir.

ini majlis suka-suka, kenapa mahu ingat lagi perihal lepas2? kalau ada yang berkata begitu, memang aku sedikit ralat. tetapi tidaklah ke tahap benci.

jelas, ini usaha yang bagus daripada cik nazirah! harap ko faham.

26 September, 2005 17:04  
Anonymous curX said...

go-go.. chaiyo-chaiyo..
make cheese cake, not war! hehe.. :)

26 September, 2005 23:33  
Anonymous Anonymous said...

Analyzing War.

Is there any differences between being a martyr during Rasullullah SAW times, and now the millenia? They could not go to war because of diplomatic reasons, reasoning, reasoning, and many other more than one thousand and one diplomatic relations reasoning... so they opted out on their own measly budget. Still bang with the same impact. And alweyz remember, even HE punished the whole village where the sinner lives, not on the sinner alone.

But if there's anyone who could clarify to me the deed of a suicide bomber, please do. "Apa gunanya jangkaan bila apa yang diperlukan oleh wanita ialah kepastian?" - Lando.

19 October, 2005 16:38  

Post a Comment

<< Home