girl power itu saya part 1: antara mak dan hidup ini
Ruang rumah yang bicaranya kosong malam ini nyata buat hati saya sedikit tenang. Yang terdengar hanyalah muzik dari corong speaker PC saya ini yang tika ini memainkan lagu-lagu dari album pertama Vanessa Carlton, “Be Not Nobody” yang amat saya gemari. Album ini yang saya beli ketika di tingkatan 3 masih lagi tersimpan elok. Saya suka Vanessa Carlton dan muziknya. Beliau bukan saja muda, berbakat dan seorang yang bergelar wanita, lagu-lagunya sentiasa saja terkesan di hati saya. Lagu-lagu yang diciptanya seperti ‘Ordinary Day’ dan ‘Pretty Baby’ kerap kali buat saya terbuai; saya rasa dekat dengan lagu-lagu ciptaannya, seperti juga saya fahami setiap yang cuba disampaikan.
Saya seorang yang kuat semangat feminismenya. Saya nyata ‘Girl Power’. Saya percaya perempuan itu punya kelebihan serupa juga lelaki. Semangat ‘Girl Power’ ini telah lama tertanam dalam diri, telah lama menguasai setiap tindak tanduk saya. ‘Girl Power’ itu nyata lambang kekuatan saya dan saya percaya ramai juga anak gadis seperti saya yang punya kepercayaan sedemikian.
Bila saja berbicara tentang ‘Girl Power’, tentu sekali bicara takkan lari dari memperkatakan tentang influences. Saya nyata punya ramai influences. Namun begitu, influence terbaik dan terbesar saya is my very own mother, Anidah Ahmad. Mengapa Mak? Mak nyata seorang wanita yang tiada tandingannya. Mak lah yang telah banyak berkorban untuk keluarga; untuk Nyai dan Yayi, adik beradiknya, suaminya iaitu Abah saya, saya dan adik-adik. Mak lah yang telah melayan kerenah saya yang nyata banyak sangat menyusahkan keluarga dan dirinya. Mak yang sentiasa saja kuat menghadapi setiap dugaan. Saya ingat lagi, bila masa kami berpindah ke Johor Bahru kerana Abah dinaikkan pangkat pada tahun 1997, Abah selalu saja sibuk dengan urusannya yang terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru serta negeri-negeri lainnya. Tika itu nak jumpa Abah seminggu sekali pun susah. Mak lah yang telah menjaga kami adik beradik dan pada tahun itu Mak mengandungkan Yaya. Bayangkanlah, saya yang pada waktu itu sudah mula hendak mengenali dunia. Waktu itu saya mulalah mengenal erti dajal. Saya suka benar melepak-lepak dengan kawan-kawan di pusat membeli-belah dan pernah juga ponteng sekolah tanpa pengetahuan Mak. Hakim pula masih kecil ketika itu dan Mak mengajar di sebuah sekolah yang jauh benar jaraknya dari rumah. Kasihan Mak.
Saya juga masih ingat lagi, ketika itu saya di tingkatan 3 dan bakal menduduki PMR, Abah telah setahun ke Utara Afrika untuk misi keamanan di sana. Setahun Abah meninggalkan kami atas urusan kerja (namun Abah juga ambil peluang cuti untuk travel Europe. Cis, tak aci!). Dan di Kuala Lumpur ketika itu, Mak lah yang telah menjaga kami adik beradik. Sebelum Abah pergi, Mak tekad ambil lesen kereta supaya lebih mudah dalam setiap urusannya. Saya yang bakal menduduki peperiksaan telah Mak carikan guru-guru tuisyen yang hebat-hebat (juga kawan-kawan Mak) untuk datang ke rumah mengajar saya. Home tuition. (Mak cari guru tuition ke rumah sebab saya tak mahu ke pusat tuisyen. Saya bilang pada Mak saya malas dan boleh belajar sendiri. Tapi sebab mak meggesa juga untuk saya menghadiri tuition, lalu saya beri syarat, “kalau mak nak along tuisyen, Mak suruh cikgu tu datang rumah.” Tengok betapa teruknya saya!) Mak tak pernah beritahu saya berapa yurannya tapi saya tahu untuk satu subjek sahaja sebulan sudah beraus-ratus ringgit. Itu baru untuk satu subjek, belum lagi subjek yang lain. Dan saya pula ketika itu mulalah menggatal nak took up guitar lesson dan buat banyak benda lain. Dan saya yang gila muzik ini lagi-lagilah cuba untuk ke gig-gig yang ada di sekitar KL tanpa pengetahuan Mak. Juga saya yang gemar sangat memboroskan duit beli yang bukan bukan, itu ini, itu ini. Dan itu baru tentang diri saya yang maha sial ini, belum lagi cerita adik-adik. Yang Hakim yang degil lagi malas nak belajar itu, Aiman pula makin membesar dan banyak kerenah, Adib yang masih lagi anak palik baik, paling memahami dan Yaya juga punya kerenahnya sendiri. Mak tabah dan terus kuat menjaga kami. Mak jaga kami seorang diri tanpa Abah.
Saya tengok Mak yang setiap hari bangun pada awal pagi masak sarapan dan makanan tengahari untuk kami sekeluarga. Bangun mengejutkan saya dan adik-adik. Mandikan Aiman untuk di hantar ke rumah orang jaga. Melayan seribu satu kerenah kami adik beradik setiap pagi: yang saya asyik-asyik complain pasal duit sekolah dan sentiasa saja lambat siap kerana sibuk sangat pakai eyeliner (saya bawa imej gothic ke sekolah setiap hari waktu itu; terlalu terpengaruh dengan Talena Atfield), yang Yaya asyik tak tahu dimana diletaknya baju sekolah hari sebelumnya, tengok-tengok letak terperap di atas katil, tak digantung, bersepah betul. Pengotor Yaya tu. Hakim yang asyik argue pasal kenapalah duit sekolahnya sedikit sangat. Macam-macamlah. Dan Mak ke sekolah bersama saya menjalankan tanggungjawab sebagai guru dan penolong kanan yang nyata sungguh berdedikasi.
Bukan nak banggakan Mak sendiri tapi JUJUR tiada guru yang standing Mak saya. Mak seorang guru sejarah yang paling kuat semangat sejarah dalam diri, paling lantang tika mengajar. Suaranya kuat kalau sebuah kelas sedang berada di bawahnya , kemungkinan kelas sebelah boleh turut belajar sama. Mak lah satu-satunya guru yang digelar buku teks. Mak hafal muka surat buku teks Sejarah Dunia, Sejarah Malaysia dan banyak lagi. Kalau Mak masuk kelas tanpa buku teks pun, dia boleh terus suruh pelajar buka muka surat yang sepatutnya tanpa silap pun. Kalau dah hafal muka surat buku masakan tak dihafal isi-isinya. Dan mak jugalah guru yang paling bersemangat di sekolah. Kalau ada anugerah guru, mak lah yang akan menang anugerah teacher with the most school-spirit (saya juga jenis yang bersemangat seperti Mak . tahun lepas saya menang anugerah most school-spirit senior award. Haha!). Mak juga cukup cool. Mak lah yang pertama kali memberi peluang untuk bakat-bakat band untuk perform live waktu hari guru dan di konsert-konsert tahunan. Orang kata Mak sangat cool sebab Mak bawak masuk band. Saya pun tumpang gembira lah. Tu kan mak saya!. Mak juga bukan saja seorang guru yang cukup perfect, tapi semangat kemanusiaan dalam diri yang sudah lama tersemat dalam diri mak telah membawa Mak mengabdikan diri dengan dunia sukarelawan dan menjadi seorang Girl Guide sejak dari zaman persekolahan hingga ke hari ini. Mak yang juga Pesuruhjaya Renjer Puteri Negeri sentiasa saja sibuk dengan aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan, kerja-kerja sukarelawan dan macam-macam lagi.
Mak nyata satu inspirasi. Dengan segala yang telah dilakukannya untuk keluarga, anak-anak, diri dan kerjaya; segalanya nyata tiada tandingan. Mak lah nombor satu. Saya sentiasa mahu jadi seperti Mak. Jadi wanita paling sempurna (saya rasa Mak nyata sempurna). Mak yang kuat bekerja mencari nafkah untuk keluarga bersama Abah. Mak yang menjadi pendidik anak bangsa. Mak yang tak pernah lupa akan khidmatnya untuk anak-anak gadis lainnya. Mak yang belajarnya tinggi-tinggi ke luar negeri. Mak yang masakannya sedap tiada tandingan. Mak yang punya taste dalam style yang extra cool (Mak beli buku Harry Potter, belikan quilt yang designnya retro sangat dari Ikea, Mak beli CD The Strokes masa hari jadi dua tahun lalu, Mak yang punya koleksi The Beatles, Mak yang sama-sama tonton Gilmore Girls, dan macam-macam lagi. Best gila Mak belikan t-shirt GAP untuk saya hari itu tertulis: GO CRAZY AND HAVE FUN!). dan macam-macam lagi yang best tentang Mak.
Saya sayang Mak.
p/s: Airmata mudah saja mengalir bila teringat tentang Mak. Harus belajar rajin-rajin. Untuk Mak.

5 Comments:
3 kali mak = 1 ayah
ooh, I like your language structure. mengasingkan diri pembaca dari 'his own sense of self'. jarang dapat baca jenis tulisan macam ni.
u said nk tgk sensitive side of me kan? jgn harap! tgk sensitive side of galaghers lah.. to sum it all up.. i pikir,.. lagu ni kot..
Sittin' on my own
Chewin' on a bone
A thousand million
Miles from home
When Something hit me
Somewhere right between the eyes
Sleepin' on a plane
You know you can't complain
You took your last chance
Once again
I landed, stranded
Hardly even knew your name
I wanna talk tonight
Until the mornin' light
'Bout how you saved my life
You and me see how we are
You and me see how we are
All your dreams are made
Of Strawberry lemonade
And you make sure
I eat today
You take me walking
To where you played
When you were young
I'll never say that I
Won't ever make you cry
And this I'll say
I don't know why
I know I'm leavin'
But I'll be back another day
I wanna talk tonight
Until the mornin' light
'Bout how you saved my life
(You saved my life)
I wanna talk tonight
(I wanna talk tonight)
'Bout how you saved my life
(I wanna talk tonight)
'Bout how you saved my life
(I wanna talk tonight)
'Bout how you saved my life
(I wanna talk tonight)
'Bout how you saved my life
I wanna talk tonight
ur mom suke the kumbangs eyh? baik ko gi download lagu ni.. nanti time birthday dia.. ko suruh semua family members including kucing kucing ko semua.. jgn wish dia.. buat buat lupa.. pas tu somehow get her to some restaurant ke ape..pas tu, kat sana ko suprise dia.. ada suprise birthday party! yeay!! pas tu tibe tibe.. nazirah main lagu ni! lagu the beatles - IN MY LIFE! gerenti dia nangis. hehe
ini lirik dia.. baik ko gi donload skarang..
"IN MY LIFE"
There are places I'll remember
All my life though some have changed
Some forever not for better
Some have gone and some remain
All these places have their moments
With lovers and friends I still can recall
Some are dead and some are living
In my life I've loved them all
But of all these friends and lovers
There is no one compares with you
And these memories lose their meaning
When I think of love as something new
Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life I love you more
Though I know I'll never lose affection
For people and things that went before
I know I'll often stop and think about them
In my life I love you more
In my life I love you more
--THE END--
mintak id ym... takpon add ler id nie hayatt08@yahoo.com
Post a Comment
<< Home