Sunday, March 12, 2006

not here











saya tidak lagi menulis di sini...
layari blog baru saya:
http://nazirahjadikaku.blogspot.com

Wednesday, December 28, 2005

update lagi.

(entri ditulis pada 25 Disember 2005)


Sudah lama benar tidak saya menulis apa jua bentuk entri baru di ruang blog saya ini. Bukan memberontak. Bukan juga kerana malas. Namun keadaan yang memaksa segalanya. Perpindahan ke Johor Bahru yang Alhamdulillah telah berlangsung dengan sempurna 20 Disember lalu bukti segala. Internet dipotong. Abah melarang kami menggunakan telefon dan internet sehingga berpindah ke tempat baru. Semuanya disebabkan oleh persiapan tanpa henti sejak 2/3 minggu lalu. Saya sesungguhnya penat dengan semua ini. Bosan dan penat. Tanpa internet menemani, tiada yang sempurna tentang kehidupan saya sejak kebelakangan ini melainkan shopping. Ya, itu saja yang nyata keep me sane. Maaflah jika ada yang kerap kali ke sini dan sentiasa saja kecewa dengan apa yang dilihat: blog tak update, tulisan tak nampak, bla bla. Apa saja yang berkaitan dengan dunia internet saya: blog, myspace dan lain-lain semuanya terjejas teruk.

Exam result gwe best bangat!

Saya membayangkan keputusan yang maha teruk. Keputusan yang memalukan. Namun saya nyata silap. Entah bagaimana boleh jadi keajaiban serupa ini. Saya nyata bersyukur. Kata orang part 1 senang nak skor. Entahlah, saya tak tahu. Yang saya tahu saya excel. Saya gembira dengan keputusan saya. Amat-amat gembira. Masakan tidak, bila saja tiba minggu peperiksaan segalanya jadi tak betul; saya makin pemalas, lebih banyak bermain atau sebetulnya lebih banyak berangan. Tidur tak cukup kononnya kerana diri kuat menelaah namun sebetulnya juga tak tahu apa yang masuk ke otak. Mungkin Tuhan sayangkan saya dan mahu saya belajar daripada kesilapan lalu. Bukan mudah untuk mendapat keajaiban dalam kehidupan dan saya harus hargainya.

Shop ‘till you drop!

Namun disebalik segala kepenatan dan permasalahan yang menimpa diri, shopping adalah satu-satunya yang paling saya sukai dan satu-satunya yang membantu saya untuk melupakan sebentar segala masalah yang membebani hidup ini. Tak sampai pun dua minggu entah berapa ratus ringgit telah dihabiskan untuk tujuan yang satu ini. Saya kata pada Mak, “it’s new sem Mummy, nak new clothes!” Haha. VOIR’s sandal, cardigan dari G2, T-Shirt Matthew Williamson, lanyard daripada Ripcurl, skirt URBANWOMANTEX, jeans Ms. Read, jacket Padini Authentic, tote bag dari Topshop, handbag MNG, ethnic-design necklace dari FOS telah menambahkan senarai item fesyen yang saya miliki selama ini. Year-End Sale yang berlangsung bersempena bulan Disember dan perayaan Krismas dan Tahun Baru nyata menyeronokkan. Item paling saya sukakan daripada semua yang saya beli adalah jacket Padini Authentic yang berwarna dull-green, very lady like but can be very edgy if you know how to mix and match and accessorize, if you know what I mean. Diskaun 50% untuk jacket berharga rm129 nyata menguntungkan saya. Nasihat saya kepada semua yang masih ingin membeli belah di saat-saat akhir ini, bolehlah ke MNG untuk year-end sale yang paling hebat pernah saya lihat (valvet handbag yang macam design handbag Chanel drop price daripada rm 297 kepada kurang rm 150. gila ke apa?!), Mark & Spencer pun offer some of the best price I’ve ever seen especially for the jeans. Surfer brand seperti Quiksilver/Roxy, Ripcurl dan Mambo tidak banyak yang menariknya. Mambo paling mengecewakan kerana tidak punya tawaran yang menarik dari segi harga. Sedih betul saya. Dorothy Perkins pun agak mengecewakan; tiada offer half-price discount pun untuk jeans! Sedih betul! Namun ada a few tops yang dijual half normal price, semuanya item lama daripada koleksi awal tahun ini rasanya, namun masih menarik. Bagi yang gilakan kasut saya ingin cadangkan VOIR untuk diskaun yang lebih menarik berbanding Vincci. Dan oh ya, Nose juga best. Bagi yang inginkan item berstatus designer-label, bolehlah ke Debanhams di Times Square. Designer at Debanhams menawarkan banyak koleksi pakaian daripada koleksi tahun lalu yang masih relevan dan amat menarik. Range harga untuk pakaian dari koleksi Rocha. John Rocha adalah yang paling mengejutkan: DROP PRICE SAMPAI RM 60 FOR A RM 250 TOP!!!!! Damn! Malang betul saya tak jumpa saiz saya! Namun koleksi Butterfly by Matthew Williamson menawarkan banyak top daripada koleksi lalu yang telah saya lihat tahun lalu dengan harga yang amat MENYAKITKAN HATI A.K.A. HARGA BEST TAPI TAK BOLEH NAK BELANJA LEBIH-LEBIH! Duh! Dan oh-ya, bagi yang very on budget, pergilah ke FOS. T-shirt yang amat menarik dijual dengan banyaknya pada harga yang amat murah, antara rm 29.90 ke rm 39.90 bagi jenama-jenama seperti Abercrombie and Fitch, Paul & Joe dan Gap. Dan bagi yang minat stail ethnic, ada koleksi tunik 3 warna (maroon, orange dan putih) yang sangat lady-like, amat lawa pada harga rm 49.90 dan HANYA BOLEH DIDAPATI DI FOS MAJU JUNCTION SAJA!! FOS cawangan lain tak ada, saya dah survey dah.

Fuh! Panjang lebar betul!

Terima kasih kepada Mak untuk duit (yang dah habis dah pun), SALE yang buat saya gila (semua yang saya beli adalah promotional items kecuali jeans Ms. Read itu dan cardigan juga), kawan-kawan dan adik saya yang very the cool, Yaya yang menemani (Huda dan sepupunya Ina di KLCC, Geetha di Bukit Bintang dan KLCC, Alia di Bukit Bintang, Yaya di Maju Junction) kerana tanpa mereka saya takkan miliki sesi membeli-belah yang menarik. Oh dan ya, juga terima kasih kepada diri saya sendiri kerana kegilaan saya yang satu ini membuatkan saya berjalan tanpa henti, tanpa merungut.

Rangkuman 2005 secara lalu

2005 menyaksikan saya mencapai umur 18 tahun pada 3 Disember lalu. Sudah lama benar saya nantikan saat-saat menjadi seorang gadis berusia 18 tahun. Biarlah apa saja yang ingin anda katakana tapi ada semacam rasa yang membuatkan umur 18 tahun ini lebih bermakna. Apa ya? Boleh masuk club? Haha. Saya tak clubbing la (even sekarang nak masuk pun kena umur 21 tahun!). Entah, saya tak tahu, tapi apa jua semangat yang tersirat di sebalik menjadi 18 tahun ini akan terus buat saya kuat dan hadapi hidup ini dengan lebih bermakna. 2005 juga menyaksikan saya berstatus single untuk setahun ini. Huhu. Hoho. Haha. Tiada further elaboration untuk ini. Dah! LOL ;-p. Kemasukan ke UiTM dan mengambil Diploma of Mass Communication telah menyempurnakan impian saya sejak tingkatan satu lagi dan di sini akan bermulanya titik tolak seorang journalist in the making. Yeah! Dan saya buat pertama kalinya tidak lagi tinggal dengan ibu bapa saya secara sepenuhnya kerana atas tuntutan pelajaran di UiTM Shah Alam membawa saya tinggal di kolej buat pertama kalinya dan hidup bersama orang lain. Banyak yang saya belajar daripada kehidupan bersama mereka yang bergelar rakan. Sekurang-kurangnya juga saya tahu siapa yang boleh dibuat kawan dan siapa tidak. Juga kehidupan berdikari yang harus saya kuasai sesegera mungkin. Basuh baju sendiri, kemas rumah, beli barang dapur dll. Semua harus dilakukan sendiri dan saya yakin saya sudah menguasai kehidupan berdikari di kolej ini dengan baik. Tahun 2005 juga adalah tahun persaraan Abah saya dalam perkhidmatan tentera. Abah kini sudah ada title baru pada namanya: Left Col (B) M. Ash’ari Sidon. Dan perkataan ‘B’ itu seperti suatu kepelikan buat saya. Walau saya rasakan semua ini satu kesilapan namun satu yang pasti persaraan Abah membuktikan suatu perubahan baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Dan mampukah saya hadapi kehidupan baru ini? Entah, saya masih tak mampu untuk menjawabnya. Pada tahun ini juga memperlihatkan bilangan gig paling sedikit pernah saya hadiri dan semua pastinya melibatkan Seven Collar T-Shirt. Tahun ini membawa saya kealam pekerjaan sementara sambil menunggu keputusan SPM dan pada awal tahun ini saya telah bekerja di Guardian Pharmacy Low Yatt Plaza selama dua bulan. Dan cuba teka apa saya buat dengan duit gaji pertama saya? SHOPPING!!!!!!! Dan keputusan SPM yang saya terima awal tahun ini nyata mengecewakan saya. Tak mencapai target. 5A1, 2B3, 2B4 dan 1D7. haha. Ada D7, tak tahu malu betul!!

Kawan-kawan: penyeri kehidupan.

2005 menyaksikan pertemuan saya dengan mereka yang terus saja menjadi teman baik dan sumber kekuatan hidup saya. Berkenalan dengan Ervina dan Nurul Huda dan sekaligus menjadi teman rapat adalah antara perkara paling menyeronokkan bagi diri saya. Vina dan Huda nyata sekepala dengan saya walau masih ada perbezaan namun kami bertiga kaki shopping dan sangat gila fesyen lebih-lebih lagi saya dan Vina. Dan bagaimana saya telah mempengaruhi Vina dengan muzik indie membuatkan persahabatan kami lebih kukuh. Vina dan Huda bukan sekadar teman bershopping. Bukan sekadar classmates. Merekalah yang selama ini memberi sokongan kepada saya dan yang membantu saya dalam menghadapi hari-hari penuh cerita di UiTM dan di luar UiTM. Merekalah teman berborak, pemberi nasihat, teman group assignment, teman tak tidur sepanjang hari, teman pinjam barang, teman lepak, teman keluar makan dan banyak lagi. Saya sayang Vina dan Huda macam adik beradik saya. Sayang korang sangat babes. *Muah muah*

Geetha walau jauh masih lagi the best friend. Tiap kali saya pulang ke Kuala Lumpur, Geetha pasti saja sentiasa bersedia untuk hangout dan berjalan sampai lenguh kaki. Bercerita kisah zaman persekolahan dan segalanya tentang kehidupan serta menjadi peneman pergi gig saya, tiada yang lebih sempurna daripada mengenali gadis berbangsa India ini. Biarlah apa saja orang nak kata yang saya punya kawan India, saya peduli apa, saya anti-racism dan saya percaya yang setiap manusia sama saja, tiada perbezaan bangsa atau warna kulit atau status atau kelas, yang penting keikhlasan dalam diri.

Perkenalan atas dasar minat pada sesuatu perkara membawa kepada perkenalan saya dengan beberapa insan berbakat besar yang saya kenali di internet (blog dan myspace). Nik Faris, Farhan, Efry Arwis, Sis Suraya, Jr, Edna adalah beberapa nama yang amat saya kagumi. Perkenalan dengan Nik Faris yang katanya dia amat teruja dengan personality saya lebih-lebih dalam membicarakan tentang perkara-perkara berkenaan sastera, muzik, politik, seni dan lain lain lagi. Apa jua kata Faris, saya amat hargai perkenalan dengan anak muda yang satu ini yang juga seorang kawan yang baik, member masuk-air saya, amat kelakar, berbakat besar dan amat caring. Dan Farhan, yang sangatlah talented dan pada saya sangat sempurna dan saya consider beliau sebagai multi talented namun sangatlah humble dan amat caring. Bicara dengan farhan nyata menyeronokkan. Saya amat hargai perkenalan dengannya. Efry Arwis yang sangatlah down-to-earth dan amatlah merendah diri saya anggap sebagai inspirasi terbaik saya lebih-lebih lagi dalam penulisan puisi. Impak puisi Efry terutamanya menerusi puisi ‘Indah Emosi Penyeri Hati’ yang menjadi puisi kekuatan saya dalam melalui kehidupan di universiti. Dan bukan saja beliau seorang yang berbakat namun sangatlah baik hati dan kelakar. Sis Suraya yang saya kenali sejak akhir tahun lepas pula serupa juga kakak yang tak pernah saya miliki selama ini. Sudahlah saya suka dengan caranya berfikir dan meluahkan pendapat, sikap penyayangnya dan cara beliau memberi sokongan kepada saya buat saya lebih teruja. Saya sayang Suessy! Jr ‘pakcik’ saya yang seorang ini pula bagai tiada penggantinya. Sudahlah berbakat besar dan sangatlah pandai, caring pula tu. Suka menyakat dan selalu saja buat saya tersenyum, seorang pendengar setia, pemberi nasihat dan orang yang paling banyak saya susahkan. Maaflah.

Dan classmates dan rakan-rakan lain di mana saja mereka berada dan yang pasti setiap daripada mereka pasti punya cerita menarik dalam perhubungan sebagai sahabat saya. Saya hargai mereka lebih daripada segalanya di dunia ini. Sayang kamu semua sangat sangat sangat!!!!

Friday, December 02, 2005

HAPPY BIRTHDAY AIZAT!


Oh saya benci tak punya kredit.

Dan kerana ketiadaan kredit saya pada saat ini, tidak dapatlah saya menghantarkan mesej kepada kawan baik saya yang seorang ini: Aizat (berbaju kuning). Hari ini, 2 December 2005, Aizat berusia 18 tahun sudah. Oh, kau dah besar Aizat!

Saya rindu Aizat sangat. Dialah antara teman rapat saya yang cukup memahami perangai saya. Dan sekarang ini dia berada di Matriks Penang dan tiada di sini jadi tak dapatlah saya nak jumpa dengannya dan hangout seperti selalunya. Dan yang paling menariknya tentang kami berdua ialah harijadi kami terletak pada tarik bersebelahan. Dia December 2, saya December 3. Jadi esok hari jadi saya. Yeay!

p/s: Aizat, if you're reading this dude, wish you a very happy birthday. you're now eighteen so act like an eighteen. and i know the distance keep us apart but you're still a good friend. we should hangout some other time. oh i miss you dude and cant wait to nag you more like i always did. ahaha. so amacam plan? make sure rock the world available k? or ill kill you!

Posted by Picasa

Thursday, December 01, 2005

makanan dan kepenatan. saya tak sanggup.

(sila ke URL ini untuk pictures: klik!)

Saya penat.

Open House telah pun berakhir. 2 hari berturut-turut sudah cukup membuat saya pening kepala. Saya tak sanggup. Open house ini bukan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal berakhir tak lama lagi tetapi kerana ini adalah open house yang diadakan sempena persaraan Abah saya daripada karier tenteranya dan perpisahan Mak selaku Guru Penolong Kanan daripada Sekolah Aminuddin Baki setelah berkhidmat hampir sepuluh tahun di sekolah kesayangan saya itu.

Pada hari pertama, tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan sekerja Mak dan Abah serta kenalan mereka telah hadir memeriahkan rumah kecil kami di Taman Maluri. Yang dating punyalah ramai. Rumah sentiasa saja penuh dan gamat dengan gelak tawa, gurau senda dan segala bicara yang maujud di rumah ini. Rakan-rakan saya dan adik lelaki saya Adib juga turut sama dijemput. Saya tak menang tangan. Tetamu yang tak pusu-pusu datang, dianggarkan kira-kira 120 orang telah membuatkan saya letih. Saya, Adib, Yaya dan sepupu, Aban telah bekerja keras untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Kami melakukan segalanya: memastikan makanan yang dihidang di ruang tamu sentiasa penuh dan bila sudah berkurang haruslah ditambah, mengisi bekas air sentiasa juga penuh, menggoreng apa yang patut, membasuh pinggan mangkuk dan perkakas-perkakas lain etc. Macam-macam kami lakukan. Hakim yang memang pemalasa dan tak pernah cuba ambil pusing lebih banyak menyembunyikan diri di dalam bilik dan ambil peluang untuk tidur dikala orang lain sedang kepenatan. Saya yang dari paginya tak lagi menjamah makanan hanya makan pada jam 5 petang dan waktu itu Geetha dan Wai Yan sampai ke rumah. Lalu saya makan bersama mereka dan juga Vina dan Huda yang sampai tidak lama selepas itu.

Hari kedua pula menyaksikan saya lebih banyak berehat. Oh, bukan men curi tulang, Cuma memandangkan pada hari ini tetamu kami terdiri daripada jiran tetangga dan kaum keluarga, kami nyata mendapat bantuan daripada ahli keluarga lainnya dan jiran-jiran yang baik hati membantu. Kiranya, agak relaks jugalah suasananya pada hari itu.

Makanan berada dalam keadaan yang paling sempurna. Menu yang telah dirancang ternyata memikat selera setiap yang dating. Segala yang tersedia nyata menepati tema east meet west yang cuba ditekankan kedua-dua orang tua saya. Abah dan Mak yang nyata pasangan yang paling pandai memasak pada pandangan saya telah menyediakan antara menu terbaik untuk setiap yang hadir. Menu-menu yang memikat seperti nasi ayam, spaghetti Bolognese, homemade breads, chicken casserole, kofta meatball, mashed potatoes, wedges, salad, sauces, chocolate cakes, carrot cheese cake, custard pudding, air Jujube (dari Madinah) dan orange juice (untuk hari kedua) semuanya disediakan sendiri oleh Mak Abah saya dengan bantuan kami semua adik beradik, Aban dan Pak Pun. Persediaan yang dilakukan dengan rapi beberapa hari lebih awal membuatkan semuanya berjalan lancar.

Erm, namun begitu, bila segalanya berakhir saya pula menerima malapetaka. Semalam, oleh kerana kepenatan yang teramat sangat, badan saya jadi panas, saya deman dan semalam saja saya muntah hampir 6 kali. Gila. Memang gila. Tak sanggup. Saya dah tak sanggup lagi.

P/s: Terima kasih untuk rakan-rakan yang hadir: Siti Nadia dan temannya Fariz, Ervina dan Huda, Geetha dan Wai Yan, Jr dan teman (entah apa namanya, tapi cute… huhu) dan Hafiz Zaki. Sayang kamu semua. *MUAH MUAH* Yang tak dapat hadir (Efry, Faris, Farhan, Khalida, Aizat) atas sebab-sebab yang telah anda nyatakan kepada saya, erm, tak mengapalah, mungkin tak ada rezeki kot. Dan terima kasih juga buat Pn Azmah yang saya sayangi untuk hadiah yang tak dijangkakan itu. "Banyaknya cokelat cikgu, nak bagi saya jadi lagi gemuk ke? huhu."

Monday, November 21, 2005

Harry Potter and the Goblet of Fire.




Nasihat saya yang terutama sekali jika anda belum tontoni movie ini ialah: pergilah buang air kecil dulu sebelum masuk ke panggung. Heh. Saya walau nyata tidak punya masalah untuk membuang air tetapi dua orang di tepi saya ketika menonton siri ke-4 adaptasi movie Harry Potter semalam tak berhenti menyuarakan rasa ingin ke tandas mereka. Bila saya kata pergilah, kata mereka, "tak mahu. Takut miss a thing."

Menonton Harry Potter and the Goblet of Fire ternyata menyeronokkan. Hampir 3 jam menghabiskan masa duduk di dalam panggung yang hanya berbekalkan popcorn dan air coke rasanya seperti singkat saja. Movie ini nyata penuh aksi, menyeronokkan dan pada saya sedikit mengelirukan terutamanya bagi mereka yang tidak pernah membaca bukunya. Saya yang pergi bersama adik-adik (Adib, Hakim dan Yaya), bapa saudara (Pak Pun - yang belanja tiket. =) ), sepupu (Syaaban), dan Ervina, classmate di UiTM. Dan antara kami semua, hanya tiga orang saja yang pernah membaca buku tersebut: saya, Adib dan Vina.

Harry Potter and the Goblet of Fire mengisahkan tentang kisah-kisah kehidupan penuh magikal Harry Potter dan rakan-rakan di sekolah mereka, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Tahun baru ini (seperti dalam buku), Harry kini berusia 14 tahun dan pada tahun ini banyak aktiviti menarik telah berlansung dan ini termasuklah Quidditch World Cup, the Triwizard Tournament dan Yule Ball bersempena Triwizard Tournament itu. Dan pada siri ini jugalah, Lord Voldemort aka Tom Marvollo Riddle kembali ke dunia magik. Saya yang ke pawagam semalam berbekalkan pengetahuan tentang Harry Potter hasil daripada pembacaan nyata sungguh teruja dengan movie tersebut. Aspek sinematografinya nyata amatlah sempurna dan bayangan imaginasi daripada buku tulisan J.K. Rowling telah diolah sebaik mungkin oleh pengarahnya kepada sesuatu yang diluar jangkaan yang membuatkan saya merasakan, "Oh, saya suka dunia penuh magikal. I wish I'm a witch. Haha!"

Sebagai pembaca, saya sentiasa mengharapkan setiap plot diadaptasi sebaik mungkin kepada filemnya namun nyata ini bukanlah sesuatu yang dapat selalu saya hajatkan. Buku ke-4 ini nyata memanglah amat tebal dan mustahil benar untuk segalanya diadaptasi bulat-bulat kepada movie. Namun, begitu scene bersempena Quidditch World Cup yang nyata amat sedikit mengecewakan saya. Aksi-aksi Quidditch seperti tiada langsung (oh, memang tiada pun), sekadar memperlihatkan adegan memperkenalkan dua negara yang bertanding untuk satu sesi perlawanan. Oh, sedih. Dunia magik seharusnya berkenaan Quidditch. Adegan Quidditch adalah kemestian.

Namun mungkin juga pengarahnya punya alasan sendiri untuk tidak menekankan Quidditch dalam movie ini. Ini mungkin kerana movie ini nyata penuh aksi dan kadangkala amat menakutkan juga. Saya masih ingat lagi adegan kelas subjek Defence Against the Dark Arts bersama Prof. Mad Eye Moody yang memperlihatkan Moody mengajar 3 jenis curses (sumpahan) paling menakutkan: the Cruciatus, the Imperiatus (entah betul tak ejaannya) dan the Killing Curse. Dan tatkala itu, hati saya penuh rasa simpati dengan spider yang dipergunakan. Yalah
kan, spider itu makhluk juga dan diperbuat sebegitu rupa pula, hati mana yang tak tersentuh. Cuba bayangkan kalau ketiga-tiga curses itu dikenakan keatas manusia. Patutlah juga watak Neville Longbottom dan Hermoine Granger berperasaan serupa saya. Lambang kekejaman ini walau juga adalah kehendak buku dan ditulis sebegitu rupa oleh J.K. Rowling, namun inilah yang saya rasa tika menontonnya: sedih. Lebih-lebih lagi bila mendengarkan dua perkataan ini: "Avada Kedavra!" Saya tak sanggup.

Penuh emosi
kan saya?

Sekadar untuk dikongsi bersama, saya masih ingat lagi tika saya membaca buku ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban diakhirnya saya menangis membaca surat yang dikirimkan Sirius Black kepada Harry Potter atas permission seorang Godfather untuk Harry Potter mengikuti outing hujung minggu ke Hogsmeade. Dan saya menangis juga ketika membaca buku ke-5, Harry Potter and the Order of the Phoniex ketika Sirius Black mati menentang the Death Eaters dan baru-baru ini ketika menyelesaikan pembacaan buku Harry Potter siri yang terkini, Harry Potter and the Half Blood Prince saya telah mencampakkan buku yang dibaca kerana begitu geram membaca tentang si gampang Severus Snape membunuh Albus Dumbledore itu tanpa segan silu. Saya bengang. Saya geram, geram, geram. Saya sedih, Prof. Dumbledore mati.

Huhu. Saya memang begitu.

Movie ini haruslah ditonton baik untuk pembaca buku-buku Harry Potter atau tidak. Ini pada saya, movie terbaik dalam siri Harry Potter yang pernah dihasilkan. Dan dalam movie ini, buat pertama kalinya, Harry nyata lebih matang: sudah pun punya rasa pada gadis lain: Cho Chang yang sangatlah sweet. Saya suka. Saya suka. Hehe. Tontonlah. Jangan tak tonton ya?

[Nazirah rates Harry Potter and the Goblet of Fire dengan 4/5 saja. Boleh jadi 5/5 tapi terlalu banyak kekurangan. Bukunya mungkin akan dapat 5/5. heh.]
p/s: Saya beli flip flop baru! wuhu!

Friday, November 18, 2005

nabilah adikku seorang ini.




Si Yaya ini sentiasa saja menjadikann kakaknya influence terbaiknya. Haha. Entah apa saja yang bermain di fikiran gadis kecil ini. Mungkin kerana saya seorang saja kakaknya, yang punya cara tersendiri (heh!), jadi dia juga mahu ikut jejak langkah si kakak. Setelah beberapa hari menggedik-gedik dan memujuk-mujuk, akhirnya permintaan Yaya dikotakan juga. Malas hendak dengar bebelannya itu lagi. Si Yaya ni, kalau nak apa saja akan diusahakannya sebaik mungkin, termasuklah merajuk dan lain-lain perkara seumpamanya (macam saya jugak lah tu...). Dan kali ini, Yaya ingin juga punya blog. Katanya, dia mahu ada website. Tapi saya cakap, "Apa kau ingat senang nak buat?" "Along tolonglah." "Habis nanti macam mana nak maintain... bla bla..." "Alah, Along ajarlah." Lalu saya fikirkan cara yang lebih mudah: BLOG. Buat saja blog pakai template. Dan saya terangkanlah satu persatu tentang perancangan blog si Yaya ni. Saya mengajarnya tentang fotoblog. Bukannya boleh Yaya menulis panjang-panjang dan hebat-hebat macam kakaknya (uwek!), jadi saya cadangkan nkepadanya untuk post entry berdasarkan gambar yang diambil. Adik saya yang seorang ini juga seperti saya, suka mengambil gambar. Namun Yaya lebih kepada jenis yang bukan-bukan, jenis mengarut. Tapi, tak mengapalah. Apa yang saya harapkan nanti semoga dapatlah dia mempertingkatkan skil kameranya pada usia muda ini dan ya, juga mempraktikkan penulisan blog semoga adalah kemajuan hendaknya. Biarlah dimulakan sedikit-sedikit, secara kecil-kecilan, dari waktu kecil dan semuda 8 tahun ini, saya percaya sampai masanya dia akan jadi lebih sempurna dan akan faham akan kehendaknya.

Silalah layari laman blog adik saya yang bernama Diyana Nabilah ini dan berilah dia sokongan. Sudah sampai masanya untuk dia diberikan dorongan dan semangat selain daripada ahli keluarganya saja. Layari: http://yayasepet.blogspot.com . Terima kasih atas perhatian anda.

p/s: Kerana saya tahu stail adik saya ini yang interests-nya amat saya fahami, jangkakan entri-entri kanak-kanak tentang Mak dan Abah, adik beradiknya, kumpulan Ahli Fiqir, Barbie dolls, fesyen, makeup, tarian, kawan-kawan, sekolah, game The Sims 2, kartun dan apa saja yang dapat anda jangkakan dari seorang gadis kecil berusia 8 tahun.

Sunday, November 13, 2005

satu lagi entri personal. entah apa nak jadi.

Tiada lagi yang lebih menyeksakan daripada hari-hari yang sedang saya lalui kini. Bermula Isnin lalu, bila mana saya mula kembali ke kolej dan insiden jatuh di kawasan construction yang membawa kepada luka masih tak sembuh lagi (malah sudah bernanah). Dan kemudiannya hari-hari peperiksaan akhir yang nyata membingungkan: Paper BBM 111 yang sangatlah confusing soalan-soalannya hinggakan saya menangis tak tentu hala, dan paper Sociology patang semalam yang terus-terusan buat saya mengandaikan diri bakal gagal dalam subjek tersebut dan membayangkan wajah kecewa Mak terhadap anak sulungnya ini. Entah apa nak jadi dengan diri ini. Kini, masalah housemates yang seharusnya tak lagi harus dibangkitkan kembali menghantui. Entah mengapa saja bertubi-tubi permasalahan melanda diri dikala hati nyata tak tenang dengan betapa teruknya performance saya bersempena peperiksaan akhir ini. Ya Allah, apa nak jadi dengan hambamu ini?


Hidup kalau tak punya liku-liku, dan hidup tanpa permasalahan nyata bukanlah hidup. Depresi yang terus-terusan wujud ini nyata buat segalanya lebih membosankan. Berilah walau sekejap pun, ruang untuk saya bergembira dan senyum untuk tempoh yang lebih lama. Sudah lama saya tak merasai nikmat bergembira dan terus ceria. Banyak yang ingin saya lakukan: membeli-belah tanpa sedikit pun kerisauan, shopping nyata buat saya lost, buat saya melupakan segala masalah. Saya ingin ke konsert/gig; menonton persembahan live yang boleh buat saya berpogo dan jadi tak betul, lost – itu yang paling penting (biarlah apa orang mahu kata). Saya ingin menjerit sepuas-puasnya. Saya ingin menonton wayang, tak sabar rasanya mahu menonton “Harry Potter and The Goblet of Fire” yang akan mula ditayangkan bermula 17 November ini (oh, saya sudah membaca bukunya lama dulu!), dan oh ya, movie “Pride and Prjudice” yang diadaptasi daripada novel Jane Austen yang amat klasik itu dan juga movie terbaru Cameron Diaz, entah apa saja tajuknya, “In Her Shoes” agaknya. Entah saya tak tahu. Saya ingin duduk di Starbucks dan menikmati charamel macchiato yang sudah lama tidak dinikmati sambil duduk bersila dan menulis puisi-puisi dan melukis apa saja yang patut di sketch book yang sudah lama tidak diladeni. Saya ingin berjumpa Geetha dan pergi melepak-lepak di kedai makan bersebelahan Nando’s di area Petaling Street yang biasa kami lawati dan melepak-lepak hingga tengah malam dan membicarakan tentang segala perkara tentang hidup sambil mencuci mata melihat sekeliling dan paling penting - lelaki “busyuk” yang mungkin memikat hati. Dan saya ingin ke Borders dan duduk berjam-jam di sana, mencari buku yang boleh dibaca sepanjang cuti semester nanti; tiada yang lebih sempurna daripada mencari buku dan membaca tanpa henti. Membaca nyata satu passion. Dan saya sukakan itu.


Selalu saya terfikir, bosan betul berangan dan merancang apa saja yang ingin dilakukan dan saya juga merasakan yang entri-entri saya semakin bosan dan tidak mencabar. Terlalu banyak entri personal yang membosankan terpaksa anda baca dan setiap daripadanya lebih banyak memperlihatkan angan-angan saya, wajah-wajah hodoh saya terpampang di ruang blog ini, semuanya tanpa pengertian yang mendalam (kecuali untuk entri ‘Depresi Itu Hak Kita’) dan ya, sentiasa saja ada entri yang penuh ego tanpa henti saya. Saya semakin membosankan. Hidup saya semakin bosan. Tolonglah saya hilangkan segala kebosanan dan tolonglah saya kembalikan semangat yang telah lama hilang dari dalam diri ini. Green power, anti-war apa saja semua itu, entah, entah, entah, kemana pergi. Saya sedih dengan diri sendiri.


Menulis – walau ini saja satu-satunya yang keep me sane, yang buat saya menyedari yang saya masih di dunia nyata dan yang paling penting menulis ini buat saya tenang, apa saja bentuk perasaan yang bersarang dalam diri ini rasanya seperti terluah dan hilang, HILANG walau untuk sementara. Namun saya kecewa dengan diri sendiri yang kini tak lagi berusaha untuk mencuri masa untuk menulis dan nyata skil menulis saya semakin menumpul dan akan terus menumpul jika lebih jarang-jarang menulis. SAYA PALING BENCI JIKA SKIL INI HILANG. MENULIS ADALAH KELEBIHAN SAYA, WALAU TAK SEMPURNA, WALAU SANGAT AMATUR, NAMUN SAYA SUKA, SAYA SUKA, SAYA SUKA!!! Saya rela hilang skil dan bakat menyanyi saya contohnya tapi menulis, oh-JANGAN! Saya tak mahu!


Berilah, walau sekejap ruang dan peluang untuk sesuatu yang bermakna. Boleh anda tolong saya?



p/s: Aku amat menghargai kedatangan kau ke kolej petang Jumaat lalu. Amat amat menghargainya. Rasa serba salah kerana diri seperti perempuan mengada-ngada yang menangis kerana permasalahan kecil hinggakan kau terpaksa datang. Tak ada yang lebih mengharukan melihat kau sanggup buat begitu untuk aku. Aku ____*speechless*____. Entah. Tak tahu nak cakap apa. Terima kasih kerana buat aku senyum dan beri semangat pada aku. Walau sebentar cuma. Terima kasih kerana sudi mendengar setiap satu masalah aku yang bodoh itu. Kau dah cukup banyak masalah untuk dengar masalah orang lain terutamanya aku. Aku memang menyusahkan. Aku tak tahu nak balas macam mana. Betul aku tak tahu. Tuhan saja tahu.

Saturday, November 12, 2005

jingga warna senja

aku yang terus gagah berlari
dan menapak di setiap rinci tanah konkrit ini
walau katanya aku kuat
namun bila saja senja berlabuh
hati nyata tercalit
dan mimpi terus saja terpalit
oleh kerisauan yang tak berpenghujung.

mengapa jingga warna senja?
mengapa harus damai petang dicuri indahnya?
mengapa langit berhenti biru?
dan mengapa
walau sudah lama aku tahu
yang ini semua ciptaan Tuhan
dan aku tak harus mempersoalkan.

Astaghfirullah!

bila mata hatiku rabun
bila telinga tak mahu dibuka
dan bila iman syaitan yang punya
entah ke mana hilangnya agama
dan sialan terus tercipta
langsung keindahan berhenti memberi rasa.

selamatkanlah aku
berikan aku peluang
kerna bila kiamat datang
entah mungkin ada lagi
peluang untuk aku rasai
JINGGA,
WARNA INDAH SENJA.

nazirah ashari.

Thursday, November 10, 2005

girls just wanna have fun.

Monday, October 31, 2005

perkara tagging ini. pertama dan terakhir.

kerana saya sudah terkena tempias sindrom tagging ini (well, thanks to mr curx), saya harus juga menunjukkan respon; melakukan apa yang patut. dan entri berbentuk tagging ini akan jadi yang pertama dan yang terakhir dalam blog saya ini. saya takkan melakukannya lagi walau ada yang teringin nak tag saya kerana ini sememangnya bukan cara saya dalam dunia blogging ini. dan bagi yang sudah biasa melayari ruang blog saya ini tentu saja mengerti dan memahami cara penulisan saya. tagging is not a style of writing especially for blog, it's not even an art of writing, it's just a form of having fun and i guess i need to have some fun too right? apa tunggu lagi, mari mulakannya!

7 perkara yang akan saya lakukan sebelum saya mati.


- mengerjakan Haji bersama dear beloved (and i wonder who) dan kedua ibu bapa saya.


- menjadi kaya raya. hihi. beli sebanyak mungkin handbag Marc Jacobs. dan ya, satu koleksi lengkap alat solek MAC yang sentiasa menjadi pujaan. tak ketinggalan juga memastikan baju raya saya dan pakaian-pakaian tradisional saya akan direka/dibeli daripada Salikin Sidek atau Rizalman Ibrahim. wuhu! bila kaya raya, boleh juga dapatkan item dari Sass and Bide, Louise Vuitton, Lulu Guiness, Christian Dior, Prada dan ya, mungkin kasut Jimmy Choo. fuh, saya sangatlah materialistik. haha.


- enroll a degree in journalism. and later on become a successfull and well-respect journalist.


- get married. walau tak pernah saya terfikir tentang perkara serupa ini.


- sudah berpengalaman bekerja dengan akhbar-akhbar besar seperti New Straits Times/The Star/Utusan, mungkin juga menjadi broadcasting journalist dengan TV3 atau ya, CNB/BBC etc., bekerja dengan majalah seperti KLue/ROTTW/Spin/Marie Claire/Vogue/Teen Vogue/Jelita etc.. Senang cerita, berpengalaman dalam setiap lapangan media dan setiap entitinya.


- go to New York bebeh!


- tell Abah how much I love him.

7 celebrity crushes


- Julian Casablancas (The Strokes).


- Saiful Ridzuan (Seven Collar T-Shirt).


- Adam Brody aka Seth Cohen dalam siri The O.C.


- Milo Ventimiglia aka Jess dalam siri Gilmore Girls.


- Johnny Depp.


- Fadhly dari band Padi. Comel.


- kalau saya sukakan perempuan, tentu saja Mischa Barton. Haha.

7 perkataan/ayat yang kerap diulang.


- "aku bezek betol!"


- "is it?"


- "Ola darling."


- "what the..."


- "huh?"


- "laa..."


- "lek ah beb."

7 ciri yang saya lihat pada lelaki (nice topic, this is. hehe)

sila baca entri "Kamu Punya Teman Lelaki" untuk lebih penerangan. haha.
- rambutnya. kalau messy, serabai, tak disikat, itulah yang memikat.


- the way he dress up. rockstar-thingy-wannabe, yeah baby. namun simplicity juga memikat: t-shirt with cool words/statement (supaya saya boleh pinjam) dan jeans. ;-p


- musical interests. hanya bicara tentang muzik, bands dan musician boleh buat saya terpegun dan seronok. juga kredibiliti berpogo di gig/konsert. saya tak tahu kenapa saya sukakan lelaki yang tahu bagaimana nak move the body and have fun. dancing is always fun. dan kebolehan bermain alat muzik juga satu kelebihan. saya sukakan lelaki yang boleh bermain gitar; menyanyikan dan bermain gitar di depan saya, khas untuk saya. dan saya juga tak tahu kenapa saya always impress with drummers. drummers are always cool.


- suka main sakat-sakat dan buat lawak. buat saya tersenyum dikala saya bersedih.


- berpelajaran. no chance for those who don't attend uni/college. no way!


- boleh menghargai any form of art: sastera, muzik, lukisan etc. well life is an art, really.


- fasih berbahasa inggeris. nothing is more interesting than a guy who can speak english well.

7 orang saya tujukan tag ini.


- Siti Nadia Zahri, Efry Arwis, Zainal Afnan, Aiman Shazwan, pakcik Jr ku (hihi), Hafeez, erm, nak tujukan untuk Ervina tapi Vina tak punya blog jadi saya tujukan kepada sesiapa saja yang teringin nak meneruskan tradisi ini. semoga anda gembira.

p/s: Salam Aidilfitri untuk semua. Maafkan salah dan silap, jika ada terkasar bahasa, apa saja yang telah menggugat sensitiviti anda selama ini. Maaf.

Saturday, October 29, 2005

depresi itu hak kita.


Wednesday, October 26, 2005

sindrom gambar

sepanjang cuti ini, saya sentiasa saja berkepit dengan kamera. lalu, terfikir ingin ada fotopages juga, boleh post pictures. jangan harapkan yang cool-cool, lawa-lawa, artsy-artsy, macam nik faris atau saudara efry sebab saya tak tahu dan tak reti. saja suka-suka. layarilah: http://nazirah.fotopages.com